Tuesday, 18 September 2012

Karangan: Catatan Bercuti di Melaka


Soalan: Kamu telah bercuti di suatu tempat yang menarik bersama keluarga. Tulis catatan tersebut selengkapnya.

Sabtu, 12 Mac 2007
5.00 pagi
Saya bangun awal hari ini kerana semalam ayah telah memberitahu bahawa kami sekeluarga akan ke Melaka pada pagi ini. Kami semua sibuk menyiapkan persiapan. Ibu di dapur menyediakan bekalan makanan untuk dibawa dalam perjalanan nanti. Setelah mandi dan mengerjakan solat Subuh, saya berdoa agar perjalananku nanti tiada rintangan yang menimpa. Kereta Perdana yang dipandu ayah meluncur laju menuju ke destinasi.

9.00 pagi
Saya begitu leka melihat pemandangan di sepanjang perjalanan sehingga tidak menyedari kami telah pun sampai di sempadan Melaka Bandaraya Bersejarah. Ayah telah menempah bilik hotel untuk kami bermalam. Setelah meletakkan beg, kami merehatkan badan di atas katil. Disebabkan terlalu penat kami pun tertidur.

12.00 tengah hari
Ayah telah membawa kami ke Zoo Melaka. Kami melihat banyak binatang yang belum pernah dilihat sebelum ini. Harimau, gajah, singa, zirafah, ular, badak dan banyak lagi. Ada juga pertunjukan ular dan orang utan. Saya sempat juga mengambil gambar dengan orang utan dan menaiki gajah.

2.00 petang
Kami singgah di masjid untuk solat Zuhur. Setelah solat, kami pun menuju ke A Famosa Resort. Di situ terdapat tempat mandi dan tempat membeli-belah yang disebut Cowboy. Saya dan keluarga pergi membeli-belah. Selepas itu, saya dan keluarga pergi mandi.

4.00 petang
Kakak telah mengajak ayah pergi ke bandar Melaka. Di situ kami sekeluarga telah menaiki Menara Taming Sari. Dari puncak menara, kami dapat melihat seluruh Bandar Melaka. Selepas itu, kami juga pergi ke Kapal Portugis. Kapalnya amat besar. Di dalamnya terdapat banyak barang bersejarah. Kami ingin menaiki feri melungsuri Sungai Melaka tetapi sayang tiket sudah kehabisan.

5.45 petang
Setelah solat Asar, kami pun pergi melawat ke Kota A Famosa. Ibu sempat menceritakan mengenai sejarah Kota A Famosa dan serangan orang Portugis. Oleh sebab Bukit St Paul tidak jauh dari situ, saya juga telah mendakinya. Oleh sebab hari telah petang, ayah mengajak kami balik ke hotel untuk berehat dan menantikan waktu Maghrib.

9.00 malam
Setelah solat Maghrib dan Isyak, kami makan malam bersama-sama. Selepas itu, kami keluar untuk membeli-belah di Bandar Hilir. Saya membeli cenderamata untuk cikgu dan kawan-kawan. Setelah lama berjalan, kami pun balik kerana esok kami akan memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah.

11.00 malam
Kami pun sampai di hotel. Kami berasa sungguh letih. Tidak lama kemudian, kami pun terlelap.

Ahad, 13 Mac 2007
9.00 pagi
Kami bersiap-siap untuk memulakan perjalanan balik ke Johor. Dalam perjalanan balik, saya telah nampak Eye of Asia. Walaupun penat saya berasa sungguh seronok kerana dapat melawat ke tempat yang menarik. Ayah berjanji akan membawa kami ke tempat lain pada cuti yang akan datang.

Oleh: Nur Shahira
Kelas: 5 Orkid

7 comments:

  1. Mantapkan lagi karangan anda :)!

    ReplyDelete
  2. karangan ada sungguh menarik.i like

    ReplyDelete
  3. karangan u sangat menarik...........like it...........

    ReplyDelete
  4. karangan sudah menarik ,...........great ....

    ReplyDelete
  5. karangan yg teruk memang tak suka tak boleh utk 2 minit pun

    ReplyDelete
  6. baguslah......karangan ini...........very good...best of the best!!

    ReplyDelete
  7. karangan kurang menarik laa . Perbaikinya lagi :)

    ReplyDelete