Monday, 17 September 2012

Karangan: Pengalaman Menghadiri Sambutan Kemerdekaan


Soalan: Ceritakan pengalaman kamu menghadiri sambutan bulan kemerdekaan di sekolah.

13 Ogos 1957 ialah tarikh yang sangat bermakna bagi kita. Tarikh ini juga membebaskan kita daripada jajahan orang luar. Negara kita dimerdekakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Untuk menghargai jasa beliau, sekolahku telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Yang ke-55 pada hari Selasa minggu lepas. Pelbagai aktiviti yang dijalankan. Suasana juga amat meriah.


Aku ingin sampai awal ke sekolah. Selepas mandi, solat dan sarapan aku terus mencium tangan ayah dan ibu. Aku terus berjalan menuju ke perhentian bas. Setibanya aku di perhentian bas, aku terlihat rakan-rakanku sedang duduk sambil berbual. Aku terus berlari ke arah mereka. Mereka bercerita mengenai sambutan hari kemerdekaan. Aku juga turut serta dalam perbualan itu. Ketika asyik berbual, bas pun tiba. Aku dan rakan-rakanku bergegas beratur.


Setibanya di sekolah, aku dan rakan-rakanku terus ke kantin.Suraya membeli mi goreng bungkus manakala Qistina membeli kuih. Aku hanya membeli sebotol air 'solivite'. Selepas mengisi perut, kami pun duduk sambil berbual. Ketika kami sedang berbual, Kaisarah dan Marsha pun tiba. Kami bersalaman sambil bertanya khabar. Kaisarah mengajak aku, Qistina dan Suraya pergi ke bilik muzik. Baru aku teringat pesanan cikgu semalam. Kami pun segera ke destinasi. Rakan-rakan yang lain sudah berada di dalam bilik muzik.


Aku pun masuk ke dalam bilik muzik. Cikgu Yuslina memberi kami pakaian untuk persembahan. Kami didandan oleh Cikgu Aznen. Sentuhan solekan  Cikgu Aznen sangat cantik. Cikgu Yuslina memanggil kami. Cikgu Yuslina mencucuk bendera pada pakaian kami. Sekarang, kami sudah pun siap hanya perlu menunggu membuat persembahan sahaja. Kami pun terus ke dewan tertutup.


Ucapan yang disanpaikan oleh guru besar sangat bermakna. Inilah masa yang aku tunggu-tunggukan iaitu Perasmian Sambutan Hari Kemerdekaan. Guru besar memotong reben merah. Perasmian telah pun disempurnakan oleh guru besar. Semua pelajar menepuk tangan dengan bersemangat. Guru besar dan guru-guru yang lain juga bertepuk tangan.


Juruacara majlis pun mengumumkan aktiviti yang seterusnya.Kami akan menyanyikan lagu patriotik. Kami menyanyi dengan sungguh bersemangat sambil berdiri menandakan kami sayang pada negara. Setelah menyanyikan lagu patriotik, kami akan dipersembahkan dengan pertunjukan pakaian tradisional. Antaranya ialah baju melayu, baju kurung, cheongsam dan macam-macam lagi. Pakaian ini akan dipersembahkan oleh pelajar Darjah 1. Mereka mempersembahkan pakaian dengan penuh bergaya. Semua pelajar bertepuk tangan.


Inilah masa yang aku tunggu-tunggukan iaitu Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik. Juruacara memperkenalkan kami juri-juri untuk pertandingan nyanyian. Pelajar tahun 1 menyanyi dengan bersungguh-sungguh. Aku dan rakan-rakanku bangga dengan pelajar Tahun1. Seterusnya nyanyian daripada Tahun 1dan berikutnya. Tibalah masa untuk kelasku membuat persembahan. Aku dan rakan-rakanku menyanyi dengan penuh bersemangat sambil mengibarkan jalur gemilang. Nyanyian kami diakhiri dengan laungan MERDEKA. Semua pelajar menepuk tangan.


Aku dan rakan-rakanku turun dari pentas. Cikgu Yuslina bangga dengan kami. Kami pun masuk ke dewan tertutup lalu mendapatkan tempat duduk. Acara yang akan berlangsung sebentar lagi akan diumumkan selepas kami makan dan minum. Semua pelajar berpusu-pusu ke kantin kerana mendapat makanan percuma. Aku dan rakan-rakanku pun mengambil nasi ayam. Kami makan dengan sopan.


Selepas rehat, kami pun terus masuk ke dewan tertutup. Acara pun diteruskan dengan acara menjawab kuiz. Ramai pelajar yang mengangkat tangan untuk menjawab soalan. Aku dan rakan-rakanku tidak melepaskan peluang untuk menjawab soalan. Nasibku amat baik pada hari itu kerana aku dapat menjawab soalan dengan tepat dan mendapat hadiah.


Beberapa minit kemudian, kuiz pun telah tamat. Semua pelajar mengeluh termasuk aku kerana kuiz telah habis. Acara diteruskan lagi dengan pertandingan melukis poster dan mewarna. Murid-murid Tahap 2 akan melukis poster manakala Tahap1 akan mewarna. Aku dan rakan-rakanku sudah menyediakan peralatan untuk melukis poster. Guru-guru menyerahkan kertas lukisan kepada pelajar Tahap 2 manakala Tahap1 akan diberi kertas bersaiz A4 dan mempunyai gambar. Aku dan rakan-rakanku mewarna dengan bersungguh-sungguh supaya dapat memenangi peraduan tersebut.


Dua jam telah berlalu, guru-guru yang bertugas dikehendaki mengutip kertas lukisan. Mujurlah lukisanku telah siap. Selepas guru-guru mengutip kertas lukisan, acara diteruskan lagi dengan tayangan video bagaimana negara kita dimerdekakan. Aku dan rakan-rakanku menonton video sambil mengambil iktibar. Sesetengah pelajar sedang tidur dan menguap ketika menonton video. Aku hanya tersenyum.


         Inilah masa yang aku tunggu-tunggukan iaitu penyampaian hadiah. Pertandingan koir Tahap1 tempat ketiga ialah kelas 1 Orkid, tempat kedua ialah 2 Melur dan tempat pertama telah dimenangi oleh kelas 3 Orkid. Pada saat itu, aku mula berdebar-debar. Pertandingan koir Tahap 2 tempat ketiga ialah 5 Cempaka, tempat kedua 4 Orkid dan tempat pertama ialah 5 Orkid. Aku bagaikan tidak percaya apa yang berlaku. Aku dan rakan-rakanku berasa bangga. Kami mendapat hamper. Cikgu Yuslina membahagikan hadiah kepada semua pelajar 5 Orkid. Bunyi loceng menandakan waktu balik.


     Aku dan  rakan-rakanku  berjalan sambil  menyanyikan  lagu  yang  dipersembahkan  ketika  koir. Setibanya  di bas aku  dan rakan-rakanku  terus  duduk  di tempat  yang  disediakan.Ramai  pelajar menceritakan segmen yang paling disukai ketika sambutan hari kemerdekaan. Aku juga turut melakukan hal yang sama. Setelah penat bercakap, aku menyandarkan kepalaku pada tingkap. Aku termenung seketika sambil tersenyum. Memori ini tidak akan aku lupakan walau seketika.


Oleh: Nur Ikhwana Afiqah

Kelas: 5 Orkid

13 comments:

  1. bagus senang juga

    ReplyDelete
  2. VERY VERY LONG

    ReplyDelete
  3. wowwwww, 13 perenggann, fuyyooo, but bagussss,

    ReplyDelete
  4. very long but nice...

    ReplyDelete
  5. very long but nice...

    ReplyDelete
  6. very-very long but sangat bagus

    ReplyDelete
  7. Melarat sngt.make it short

    ReplyDelete