Saturday, 29 September 2012

Karangan: Pengalaman Menolong Mangsa Kebakaran

Soalan: Ceritakan pengalaman kamu menolong mangsa kebakaran.

Pada petang Sabtu yang lalu, aku dan rakan-rakanku seperti biasa pergi bermain bola. Kami bermain bola di padang.
          Sedang asyik bermain, aku terlihat asap berkepul-kepul keluar dari sebuah rumah di tepi padang. Aku menjerit memanggil rakan-rakanku melihat ke arah rumah itu.
          Kami berlari ke arah rumah jiran kami. Kami turut meminta bantuan daripada orang kampung. Ada yang datang mengangkut air. Rakanku terus ke pondok telefon berhampiran untuk menelefon bomba.
          Api semakin marak. Aku terdengar jeritan di dalam rumah. Suara budak kecil. Tanpa berlengah aku terus naik ke atas rumah dan menendang pintu. Aku menerpa masuk ke dalam rumah.
          Keadaan di dalam rumah dipenuhi asap. Aku terasa sesak nafas. Namun aku terus bertahan. Aku pergi mendapatkan budak perempuan di dalam sebuah bilik. Budak itu telah pengsan. Aku terus mendukung budak perempuan itu. Selepas itu, aku sendiri tidak sedarkan diri.
          Setelah sedar, aku dikelilingi orang ramai. Jiranku mengucapkan terima kasih kerana menyelamatkan anaknya. Kami semua bersyukur.

Sumber: Tidak pasti

4 comments: