Tuesday, 18 September 2012

Karangan Pengalaman Pergi Ke Pesta Buku


Soalan: Ceritakan pengalaman kamu pergi ke pesta buku.

                Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan keluarga telah pergi ke pesta buku. Saya pergi pada waktu pagi. Saya pergi dengan menaiki kereta. Pesta itu diadakan di dewan serbaguna.
                Setelah sampai, saya melihat ramai orang di dalam dewan itu. Saya pun masuk ke dalam dewan itu. Suasana di dalam dewan itu sangat riuh.
                Saya dapat tahu, sepuluh orang yang terawal datang akan mendapat buku percuma. Saya merupakan pengunjung yang ketujuh. Saya dan keluarga segera ke kaunter pendaftaran. Petugas di situ memberi saya sebuah buku cerita dengan percuma.
                Setelah mengambil buku percuma, ayah membawa kami sekeluarga berjalan di dalam dewan itu. Saya dapat melihat pelbagai buku cerita dipamerkan seperti novel, majalah dan lain-lain.
                Di dalam dewan itu juga telah diadakan pertandingan mewarna, melukis dan bercerita. Pertandingan tersebut menyediakan hadiah yang menarik. Pengunjung yang ingin menyertai pertandingan juga tidak dikenakan sebarang bayaran.
                Saya meminta kebenaran daripada ayah dan ibu untuk menyertai pertandingan itu. Setelah lama merayu, akhirnya ayah dan ibu mengizinkan saya menyertai pertandingan melukis dan mewarna.
                Pertandingan pun bermula. Saya menyertai pertandingan melukis terlebih dahulu. Masa yang diperuntukkan hanya dua jam sahaja. Saya melukis gambar flora dan fauna. Setelah satu jam melukis saya pun mewarnakan lukisan saya dengan krayon.
                Masa pertandingan pun tamat. Kini, saya bersedia pula untuk pertandingan yang kedua iaitu mewarna. Gambar yang saya warnakan ialah gambar pantai. Masa yang diberikan hanya satu jam. Jadi saya pun mewarna dengan cepat dan cantik.
                Setelah masa tamat, pihak juri membenarkan semua peserta pertandingan berjalan-jalan dahulu di dalam dewan sementara pihak juri memberikan markah. Saya dan keluarga pun pergi ke sudut bacaan.
                Saya membaca novel kisah Ana Muslim. Ayah, ibu, abang dan kakak pula pergi ke sudut bacaan yang lain. Tidak lama kemudian, juri memanggil semua peserta yang menyertai pertandingan unuk mengumumkan keputusan.
                Saya pun segera berkumpul bersama peserta yang lain. Saya berasa berdebar-debar untuk mengetahui keputusan. Tiba-tiba nama saya disebut bagi pertandingan melukis. Saya mendapat tempat kedua. Saya rasa macam tidak percaya.
                Bagi pertandingan mewarna pula, saya mendapat tempat pertama dan menerima hadiah yang besar. Saya mengajak ayah untuk membeli buku cerita. Ayah hanya membenarkan tiga buah buku sahaja. Harganya pun tidaklah terlalu mahal.
                Semua orang tidak pulang dengan tangan kosong. Saya dan keluarga pun pulang dengan hati yang sangat gembira. Ayah akan membawa kami lagi ke pesta buku pada masa hadapan. Saya rasa sangat gembira dan tidak dapat melupakan kenangan manis ini

Oleh: Nur Shahira
Kelas: 5 Orkid

12 comments:

  1. boleh tak nanti buat karangan pasal pengalaman berada di pameran buku

    ReplyDelete
  2. banyak nya perenggan

    ReplyDelete
    Replies
    1. x bnyk pon :p satu perenggan tuw sikit je aytnye --'

      Delete
  3. bapak gila banyak nya perenggan

    ReplyDelete
  4. so long this paragraph.......

    ReplyDelete
  5. panjang nyer karangan

    ReplyDelete
  6. Bapak banyak perrenggan gile betul

    ReplyDelete
  7. Saya cdngkan perenggan tu buat 6 je sbb terlalu meleret-leret btw isi lengkap and penceritaan tu bgus

    ReplyDelete