Saturday, 29 September 2012

Karangan: Permainan Tradisional Digemari


Soalan: Ceritakan tentang permainan tradisional yang paling kamu gemari.

Pendahuluan
-          permainan tradisional, alat hiburan
-          suka bermain gasing
Isi-isi Penting
-          menyediakan beberapa bahan dan peralatan
-          membentuk kayu, melicinkan
-          membentuk lubang, memasang skru melilitkan tali
Penutup
-      seronok bermain

Jawapan Lengkap

Permainan tradisional merupakan alat hiburan dalam kalangan masyarakat Melayu zaman dahulu. Saya mempunyai permainan tradisional yang saya gemari. Saya suka bermain gasing,
Nama gasing saya ialah gasing pangkah. Gasing itu saya buat sendiri. Saya mempelajari cara-cara membuat gasing daripada bapa saudara saya. Dengan membuat gasing sendiri, saya dapat menjimatkan wang.
Sebelum membuat gasing, saya perlu menyediakan beberapa bahan seperti sebatang kayu jambu dan skru tembaga. Selain itu, peralatan yang saya perlukan ialah parang, kertas pasir, gergaji besi, kikir dan penebuk lubang.
Mula-mula, saya membentuk kayu jambu itu menjadi bentuk bujur  menyerupai bentuk gasing dengan menggunakan sebilah parang. Kemudian, licinkan permukaan gasing yang telah dibentuk itu dengan kertas pasir.
Setelah itu, tebuk hujung gasing dengan penebuk yang disediakan sedalam dua sentimeter Selepas itu, masukkan sebatang skru tembaga pada lubang yang ditebuk itu. Pangkal skru itu perlu dipotong untuk dijadikan mata gasing. Kemudian, tumpulkan mata gasing itu dengan kikir supaya gasing mudah berputar.
Untuk memutarkan gasing itu, kita memerlukan semeter tali. Tali itu dililit pada sekeliling gasing yang dimulai pada pangkal gasing. Kemudian, tarik tali gasing ke arah bertentangan agar gasing itu berputar ligat.
Permainan gasing amat sesuai dimainkan di kawasan lapang. Kita akan lebih berasa seronok bermain gasing apabila gasing kita berputar ligat atau gasing kita dapat memangkah gasing orang lain.

Sumber: Program Galus BM SK UPSR

No comments:

Post a Comment