Saturday, 29 September 2012

Karangan: Persediaan Menghadapi Pesta Sukan

Soalan: Sekolah kamu akan mengadakan sukan tahunan. Ceritakan persediaan-persediaan yang dilakukan untuk menghadapi pesta sukan tersebut.

Pendahuluan
-          akan menyambut sukan tahunan
Isi-isi Penting
-          banyak persediaan dilakukan
-          mengadakan latihan
-          pelbagai acara
-          menyertai ujian kelayakan
-          menghias kawasan padang, dirikan khemah
Penutup
     -      mengadakan raptai

Jawapan Lengkap

Sekolah saya akan menyambut sukan tahunan pada bulan Jun yang akan datang. Banyak persediaan yang dilakukan sebelum sukan tahunan itu diadakan.
Rumah sukan yang akan bertanding dalam sukan tahunan itu ialah Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Kuning dan Rumah Hijau. Semua ketua rumah sukan telah mengadakan mesyuarat bersama-sama guru-guru dan ahli-ahli rumah sukan untuk merancang latihan yang perlu diadakan.
Murid-murid akan mengadakan latihan sukan mengikut rumah masing-masing. Mereka berlatih dalam pelbagai acara seperti acara larian 100 meter, 200 meter, 4 x 100 meter, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, merejam lembing dan lain-lain lagi.
Setiap murid dalam rumah sukan masing-masing akan mengertai ujian kelayakan bagi beberapa acara yang dipertandingkan. Ahli-ahli yang melepasi ujian kelayakan akan menyumbang markah kepada rumah sukan mereka. Beberapa orang atlet daripada setiap rumah akan dipilih untuk bertanding dalam sukan tahunan nanti.
Sebelum sukan tahunan diadakan, pihak jawatankuasa sukan tahunan akan membuat persediaan untuk menghias kawasan padang. Khemah-khemah didirikan dalam  kawasan padang dihias dengan bendera rumah dan bendera sekolah.
Pihak sekolah juga mengadakan raptai untuk sambutan sukan tersebut supaya sukan tahunan tersebut berjalan dengan lancar. Saya berharap sukan tahunan tersebut dapat berlangsung dalam suasana yang meriah.

Sumber: Program Galus BM SK UPSR

No comments:

Post a Comment